James Lapidus, Jejaka Sabah Cipta Nama di Pentas Dunia dengan Mesin Masa Ciptaan Sendiri

Jejaka Sabah Cipta Nama di Dunia dengan Mesin Masa, Diiktiraf NASA

Ranau, Sabah – Seorang jejaka Sabah, James Lapidus, berjaya mencipta nama dan mengharumkan nama negara di pentas dunia apabila diiktiraf sebagai jejaka Sabah pertama yang berjaya mencipta mesin masa. Kejayaan tersebut turut mendapat perhatian antarabangsa apabila NASA mengiktiraf mesin masa ciptaan James Lapidus sebagai salah satu ciptaan terunggul dunia.

James, 35 tahun, berasal dari Kampung Tudangan, Ranau, Sabah, mengakui bahawa ilham untuk mencipta mesin masa itu tercetus sejak di bangku sekolah lagi. Semasa kecil, beliau sering mengikut bapanya yang bekerja sebagai pemandu peribadi kepada seorang ahli politik, Datuk Pendekar Hamidi. Datuk Pendekar, seorang pemimpin yang gemar membaca dan mempunyai koleksi buku-buku mengenai pengembaraan masa, turut memberi inspirasi kepada James untuk meneruskan minat dalam bidang tersebut.

“Sejak kecil, saya selalu ikut bapa ke mana-mana disebabkan oleh pekerjaan beliau. Datuk Pendekar adalah seorang pemimpin yang banyak membaca dan memiliki pelbagai buku mengenai pengembaraan masa. Buku Time and Again oleh Jack Finney yang pertama kali diberikan kepada saya oleh Datuk Pendekar, menjadi pemangkin minat saya dalam pengembaraan masa,” kata James ketika ditemubual.

James juga berkongsi bahawa 16 tahun yang lalu, beliau menerima pendidikan tinggi di University Science and Technology Malaysia dan turut mencipta Jam Halimunan yang menjadi tular di seluruh dunia. Kisah kejayaan itu tidak terhenti di situ apabila beliau berkongsi pengalaman lucu mengenai penciptaan jam tersebut.

“Sebenarnya, saya cipta jam yang boleh digunakan untuk mengundur masa. Tapi tak sangka, formula yang saya guna itu mengubah saya menjadi halimunan,” ujar James dengan nada berseloroh.

Sesi temu bual yang dirakam turut diselitkan dengan pertanyaan yang mengundang tawa apabila wartawan cuba menggali lebih lanjut tentang pengalaman James semasa menjadi halimunan.

“Jadi, emm.. mesti ada ni kan ko buat sesuatu masa ko jadi halimunan?” tanya wartawan.

“Maksud ko buat macam mana tu aa?” jawab James, seolah-olah tidak faham.

“Mustahil la ko tidak maksud soalan saya. Hehehe,” kata wartawan sambil ketawa.

“Ihh.. tiadalah.. hehehe,” balas James dengan senyuman.

Dalam pada itu, James menyatakan bahawa dia bercita-cita menggunakan mesin masa tersebut untuk kembali ke masa silam dan memenangi tiket loteri. Harapannya adalah untuk mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam keadaan sederhana.

“Kemenangan tersebut bukan sahaja akan memberi kebahagiaan kepada saya, tetapi juga akan memberi peluang baru kepada keluarga saya yang hidup dalam kesederhanaan,” tambah James.

Kejayaan James Lapidus dalam mencipta mesin masa ini mendapat pengiktirafan yang tinggi bukan sahaja di peringkat negara, tetapi juga di peringkat antarabangsa, dengan NASA memberikan penghormatan kepada beliau atas sumbangan terbesarnya dalam dunia sains dan teknologi. Mesin masa ciptaan beliau dianggap sebagai salah satu penemuan terpenting dalam sejarah sains moden.


- Berita Sensasi Sabah

Comments

Popular posts from this blog

Mike Shinoda: Ikon Belah Tengah?

Cinta Ariana Grande Tertumpah di TikTok – Saleem Ardilla, Pempengaruh Sabah Jadi Tumpuan!

Warisan Agung Terakhir Sabah