Cinta Ariana Grande Tertumpah di TikTok – Saleem Ardilla, Pempengaruh Sabah Jadi Tumpuan!


Pada 28 November 2024, Ariana Grande, penyanyi terkenal dengan suara merdu yang memukau, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila secara tidak sengaja mendedahkan nama kekasihnya semasa sesi Live TikTok bersama sahabat baiknya, Miley Morales. Pendedahan tersebut mencetuskan kegemparan dalam kalangan peminat di seluruh dunia, khususnya di Sabah, selepas Ariana memberi petunjuk bahawa pasangan barunya berasal dari negeri di bawah bayu itu.


"I would like to share a little about someone who is very special in my life. He is from Sabah." ujar Ariana dengan penuh misteri. Jawapan itu lantas mencetuskan gelombang spekulasi di kalangan pengikutnya. Sejumlah peminat dari Sabah berlumba-lumba meneka siapa gerangan jejaka bertuah tersebut. Namun, seperti mana-mana manusia biasa, Ariana tersilap langkah dan tanpa sengaja membocorkan nama pasangan hatinya – Saleem Ardilla, seorang pempengaruh yang semakin meningkat naik di TikTok!.


Pendedahan tersebut mengejutkan industri pempengaruh di Sabah apabila nama yang disebutkan merujuk kepada Saleem Ardilla, seorang pempengaruh popular. Ariana menjelaskan bahawa dia tertarik dengan keperibadian Saleem yang lucu, bersahaja, dan bebas daripada sifat hipokrit.


"What I like about Saleem is, he's funny, modest and not hypocrite. His hair style was amazing. His hair alone shows me that he has a pure and authentic soul inside him. Besides, he was right about 'Nak malu apa di TikTok ni? Bukan kite talanjang kan? Kita talanjang baru la kita malu. Nak malu ape?' He's actually right! There's nothing to be ashamed of. Come on guys, I miss him already." jelas Ariana, dengan senyuman nakal.


Pendedahan tersebut bukan sahaja mengejutkan industri hiburan, malah turut menggemparkan pasaran saham global. Syarikat Farouk Systems, pengeluar produk kesihatan rambut yang digunakan oleh Ariana, Biosilk Silk Therapy Oil, merasakan impaknya apabila saham mereka melonjak secara drastik dari 70% kepada 250% dalam masa hanya satu minit selepas video tersebut tular.


"I ordered Biosilk Silk Therapy Oil as a gift for Saleem for our upcoming first anniversary on 13th December. I can't wait to give it to him and see his reaction." tambah Ariana dengan nada penuh mesra, sekali gus menjadikan produk tersebut lebih dikenali dalam kalangan peminat dan pelabur.


Dengan sambutan yang luar biasa ini, kejutan Ariana Grande bukan sahaja menggoncang dunia hiburan, malah turut memberi impak besar kepada dunia perniagaan. Pelabur-pelabur dari pelbagai negara kini berlumba-lumba menghubungi CEO Farouk Systems untuk meneroka peluang kerjasama strategik, berhasrat untuk memanfaatkan gelombang fenomena media sosial yang tak terduga ini dan mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran global.



- Berita Sensasi Sabah

Comments

Popular posts from this blog

Mike Shinoda: Ikon Belah Tengah?

Warisan Agung Terakhir Sabah