Warisan Agung Terakhir Sabah

Pada 27 November 2024, dunia dikejutkan dengan satu pengiktirafan luar biasa. UNESCO, setelah kajian mendalam, secara rasmi mengiktiraf gaya rambut belah tengah Encik Saleem Ardilla sebagai Warisan Agung Terakhir Sabah. Keputusan ini dibuat kerana rambut Encik Saleem memiliki keajaiban semula jadi — belahan tengahnya kekal sempurna hanya dengan satu teknik istimewa: menggunakan jari! Tidak perlu timbang air, sesiku L, atau pun sikat.


Ini dianggap sebagai manifestasi seni agung yang tidak dapat ditandingi oleh manusia biasa. Menurut Prof. Edwin Morvin dari Universiti of Colorado (UoC),

“Rambut Encik Saleem ini bukan sekadar rambut; ia mempunyai soul yang hidup dan authentic. Ia menghubungkan jasad dengan rohani, di mana belahan tengah menjadi garis pemisah harmoni antara yin dan yang!”
Dalam temu bual, Encik Saleem menyatakan beliau kini dalam misi memberi pendedahan kepada jejaka-jejaka Sabah tentang pentingnya menjaga keaslian gaya rambut belah tengah sebagai lambang warisan budaya.


Susulan pengiktirafan ini, kerajaan Negeri Sabah mengambil langkah progresif dengan melancarkan program bantuan one-off RM300 sepanjang 2025 kepada jejaka yang mengamalkan gaya belah tengah. Mereka juga akan menerima starter kit yang mengandungi timbang air, sesiku L, dan sikat rambut, demi menjaga “ketulenan belah tengah” dalam kalangan rakyat Sabah. Langkah ini dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi sektor dandanan, di samping memupuk kesedaran tentang nilai seni dan budaya rambut belah tengah yang kini menjadi lambang kebanggaan Sabah di mata dunia.


Sekalung tahniah kepada Encik Saleem Ardilla atas pengiktirafan yang luar biasa ini. Semoga jiwa belah tengah terus meresap ke setiap helaian rambut jejaka Sabah! Salam Perjebatas. 


Sumber : Ruangan Komen Hantaran Page Facebook PERJEBATAS.

- Berita Sensasi Sabah

Comments

Popular posts from this blog

Mike Shinoda: Ikon Belah Tengah?

Cinta Ariana Grande Tertumpah di TikTok – Saleem Ardilla, Pempengaruh Sabah Jadi Tumpuan!