Posts

Showing posts from November, 2024

AYAM SABUNG BERTELUR: KECOH SEKAMPUNG, DARI RANAU KE WHITE HOUSE?

Ranau, Sabah – Penduduk Kampung Marakau digemparkan dengan kejadian luar biasa apabila seekor ayam sabung milik Encik Aloysius Guntabid, seorang penyabung ayam terkenal di kampung tersebut, mendapati ayam jantan baka Texas bertelur pagi semalam. Kejadian itu bukan sahaja mencetuskan kekecohan di peringkat kampung dan kebangsaan, malah turut mencuri perhatian di peringkat antarabangsa!   Encik Aloysius, 57, berkata beliau menyedari perkara ganjil itu ketika sedang memberi makanan kepada ayam-ayam sabungnya. “Biasanya ayam sabung ni sibuk nak berlawan saja, tiba-tiba pagi tadi saya nampak telur ada dalam sangkar si Jantan Gagah ni! Saya pun terdiam, terus panggil jiran.”  katanya sambil menggaru kepala yang tidak gatal.   Berita ini menjadi tular selepas seorang penduduk kampung memuat naik gambar ayam sabung tersebut bersama telur misterinya di media sosial. Beberapa jam selepas itu, hashtag #SabungBertelur  menjadi trending di Twitter, menarik perhatian Presiden...

James Lapidus, Jejaka Sabah Cipta Nama di Pentas Dunia dengan Mesin Masa Ciptaan Sendiri

Jejaka Sabah Cipta Nama di Dunia dengan Mesin Masa, Diiktiraf NASA Ranau, Sabah – Seorang jejaka Sabah, James Lapidus, berjaya mencipta nama dan mengharumkan nama negara di pentas dunia apabila diiktiraf sebagai jejaka Sabah pertama yang berjaya mencipta mesin masa. Kejayaan tersebut turut mendapat perhatian antarabangsa apabila NASA mengiktiraf mesin masa ciptaan James Lapidus sebagai salah satu ciptaan terunggul dunia. James, 35 tahun, berasal dari Kampung Tudangan, Ranau, Sabah, mengakui bahawa ilham untuk mencipta mesin masa itu tercetus sejak di bangku sekolah lagi. Semasa kecil, beliau sering mengikut bapanya yang bekerja sebagai pemandu peribadi kepada seorang ahli politik, Datuk Pendekar Hamidi. Datuk Pendekar, seorang pemimpin yang gemar membaca dan mempunyai koleksi buku-buku mengenai pengembaraan masa, turut memberi inspirasi kepada James untuk meneruskan minat dalam bidang tersebut. “Sejak kecil, saya selalu ikut bapa ke mana-mana disebabkan oleh pekerjaan beliau. Datuk Pe...

Warisan Agung Terakhir Sabah

Image
Pada 27 November 2024, dunia dikejutkan dengan satu pengiktirafan luar biasa. UNESCO, setelah kajian mendalam, secara rasmi mengiktiraf gaya rambut belah tengah Encik Saleem Ardilla sebagai Warisan Agung Terakhir Sabah. Keputusan ini dibuat kerana rambut Encik Saleem memiliki keajaiban semula jadi — belahan tengahnya kekal sempurna hanya dengan satu teknik istimewa: menggunakan jari! Tidak perlu timbang air, sesiku L, atau pun sikat. Ini dianggap sebagai manifestasi seni agung yang tidak dapat ditandingi oleh manusia biasa. Menurut Prof. Edwin Morvin dari Universiti of Colorado (UoC), “Rambut Encik Saleem ini bukan sekadar rambut; ia mempunyai soul yang hidup dan authentic. Ia menghubungkan jasad dengan rohani, di mana belahan tengah menjadi garis pemisah harmoni antara yin dan yang!” Dalam temu bual, Encik Saleem menyatakan beliau kini dalam misi memberi pendedahan kepada jejaka-jejaka Sabah tentang pentingnya menjaga keaslian gaya rambut belah tengah sebagai lambang warisan budaya. S...

Cinta Ariana Grande Tertumpah di TikTok – Saleem Ardilla, Pempengaruh Sabah Jadi Tumpuan!

Image
Pada 28 November 2024, Ariana Grande, penyanyi terkenal dengan suara merdu yang memukau, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila secara tidak sengaja mendedahkan nama kekasihnya semasa sesi Live TikTok bersama sahabat baiknya, Miley Morales. Pendedahan tersebut mencetuskan kegemparan dalam kalangan peminat di seluruh dunia, khususnya di Sabah, selepas Ariana memberi petunjuk bahawa pasangan barunya berasal dari negeri di bawah bayu itu. "I would like to share a little about someone who is very special in my life. He is from Sabah."  ujar Ariana dengan penuh misteri. Jawapan itu lantas mencetuskan gelombang spekulasi di kalangan pengikutnya. Sejumlah peminat dari Sabah berlumba-lumba meneka siapa gerangan jejaka bertuah tersebut. Namun, seperti mana-mana manusia biasa, Ariana tersilap langkah dan tanpa sengaja membocorkan nama pasangan hatinya – Saleem Ardilla, seorang pempengaruh yang semakin meningkat naik di TikTok!. Pendedahan tersebut mengejutkan industri pempengaru...